PASUKAN ONEXOX TKKR RACING IDAM PODIUM DI LITAR JASIN

PASUKAN ONEXOX TKKR RACING IDAM PODIUM DI LITAR JASIN

Kejohanan Petronas Malaysian CubPrix musim ke 30 bagi tahun 2023 ini yang akan memasuki Pusingan ke 3, namun capaian podium bagi Pasukan ONEXOX TKKR Racing masih lagi tidak berhasil. Walaupun diawal musim menampakkan ramuan tahkta juara sudah diperlihatkan oleh rantaian pelumba2 pasukan, namun nasib belom lagi menyebelahi mereka.

Pusingan ke 3 yang berlangsung di Litar Jasin, Melaka, Pasukan ONEXOX TKKR Racing yang dikepalai oleh pelumba veteran Md Muzakkir Mohamed bagi katogeri perdana CP150 menjanjikan perjuangan kental untuk menebus kehampaan di 2 pusingan sebelumnya. Menurut Muzakkir, susun atur Litar Jasin yang baru ini yang agak berstrategi dan teknikal ini membuatkan beliau agak teruja dan tidak sabar untuk berlumba dalam menggapai impian menghadiahkan podium buat pasukan. Litar yang mempunyai alunan mendaki dan menuruni bukit serta laluan lurus yang panjang pastinya memberikan cabaran buat semua pelumba. Disamping itu, kemenangan meraih podium di Pusingan ke 2 Kejohanan FIM Asia Road Racing yang baru berlalu seolah memberi suntikan semangat untuk dia dan rakan sepasukan yang lain.

Bagi katogeri CP125 pula, Hafiza Rofa berpendapat struktur dan susun atur Litar Jasin ini agak unik kerana mempunyai adunan untuk pecutan laju di selekoh panjang disamping selekoh pendek atau selekoh pancong. Ciri-ciri ini perlu diadaptasi pelumba dengan segera untuk menyesuaikan diri dan jentera lumba.

Berhasrat tinggi untuk meraih podium juara pada pusingan ke 3 ini, Hafiza tekad untuk membantu pasukan memperbaiki kedudukan setelah sasaran di dua pusingan sebelum ini tidak memihak kepada beliau dan pasukan apabila beliau kini secara keseluruhannya berada di kedudukan ke 4.

Sumber Berita : ONEXOX TKKR Racing
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Ihsan TKKR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *