Cubprix CP 125 : ONEXOX TKKR Racing di Podium 1 dan 3

Pasukan ONEXOX TKKR Racing terus gah dipersada katogeri CP 125 apabila 2 pelumba pasukannya gah berada di podium 1 dan 3 melalui kemenangan yang dihadiahkan oleh Md. Shafiq Rasol (juara : 11’48:421s) dan juga Hafiza Rofa ke 3.

Memulakan saingan perlumbaan di petak kedua, Shafiq berjaya menambat kedudukan pertama seawal perlumbaan bermula apabila berjaya memintas Md Haziq Hamdan pada lap pertama.

Mempamerkan gaya tunggangan yang kemas dan konsisten sepanjang perlumbaan, Shafiq juga berjaya mengoptimumkan keupayaan jentera lumbanya dangan sentiasa mengekalkan kedudukan pertama sehingga tamat perlumbaan.

Tempat ke 2 podium pula dimenangi oleh Md Adib Rosli dari pasukan YY Pang Yamaha Racing dengan ketinggalan masa hampir 4 saat dibelakang (11’51:944s) . Hafiza Rofa rakan sepasukan Shafiq pula di tempat ke 3 dengan catatan masa 11’54:706s

CP125 : Keputusan Pusingan 5

  1. Mohd Syafiq Rasol (ONEXOX TKKR Racing Team)
  2. Mohd Adib Rosli (YY Pang Yamaha Racing)
  3. Mohd Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing Team)

    Sumber Berita : Malaysian CubPrix

Cubprix CP 150 : PETRONAS Spinta Yamaha – CKJ Racing cetak kemenangan Podium 1 dan 3

Md Izzat Zaidi Md Salehan dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing menaiki podium juara dalam katogeri CP 150 buat julung kalinya pada musim 2022 ini. Izzat Pelumba yang berasal dari Selangor yang memulakan perlumbaan dipetak pertama setelah melakukan catatan masa terpantas dalam superpole.

Bermula dari awal perlumbaan hingga ke garisan penamat, Izzat kekal di kedudukan yang pertama seolah tidak tercabar oleh lain-lain pelumba. Izzat begitu yakin serta konsisten dengan kelajuan dan gaya tunggangan sepanjang perlumbaan katogeri perdana ini.

Mengiringi Izzat di podium adalah rakan sepasukan beliau Afif Amran yang berpuashati di tempat ke 3 apabila cubaan beliau untuk memintas Azroy Hakeem Anuar (Pasukan HONDA Yuzy Idemitsu) beberapa kali gagal apabila Azroy berjaya menutup ruang yang terbuka. Azroy yang menduduki tangga ke 2 podium nyata gagal merelisasikan pencapaian yang dilakukan semasa sesi latihan bebas pada hari pertama.

CP150 : Keputusan Pusingan 5

  1. Mohd Izzat Zaidi Salehan (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team)
  2. Azroy Hakeem Anuar (Pasukan HONDA Yuzy Idemitsu)
  3. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team)


    Sumber Berita : Malaysian CubPrix

Haruki Noguchi Cetak Juara ASB1000 di Perlumbaan Kedua ARRC 2022 Pusingan 2

Haruki Noguchi (Pasukan SDG Motorsports HARC-PRO Ph) mencetak nama selaku juara ASB1000 pada perlumbaan ke 2 apabila menafikan keunggulan Kasma (YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN) yang menjuarai pada perlumbaan pertama. Haruki yang gagah dengan merebut pendahulu kedudukan seawal perlumbaan bermula.

Mengiringi Haruki, pelumba negara Zaqhwan Zaidi (Pasukan Honda Asia-Dream with Showa) menduduki tangga kedua manakala Adam Norrodin (ONEXOX BMW TKKR TEAM). Juara perlumbaan pertama semalam, Kasma Danial pula berpuas hati ditangga ke 4 walaupun cuba memberikan asakan dan tentangan yang jitu.

Sementara itu katogeri SS600 pula menyaksikan penguasaan jentera Honda di atas podium, dimana Helmi Azman (Pasukan Boon Siew HONDA Racing) mengungguli perlumbaan kedua ini, diikuti oleh Andi Farid Idzihar (ASTRA HONDA Racing) kedua dan Khairul Idham Pawi (Pasukan Boon Siew HONDA Racing) ditempat ketiga. Bagi Azroy Hakeem Anuar pula, mengalami kemalangan seawal perlumbaan bermula di selekoh pertama, walaubagaimanapun beliau bangkit untuk memberikan saingan dan berjaya menamatkan perlumbaan.

Dalam kategori AP250 pula, Andy Muhammad Fadly (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) mencatakan kemenangan berganda apabila sekali lagi menjadi juara diikuti oleh Aiki Iyoshi (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) ke dua memperbaiki keputusan semalam, manakala Rheza Danica Ahrens (Pasukan ASTRA Honda Racing) sekadar berpuas hati di tangga ke tiga.

Katogeri UB150 pula menyaksikan Nazirul Izzat Md Bahauddin (Pasukan UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team) mencatat nama sebagai juara apabila menepikan hasrat pelumba cilik negara tetangga Indonesia Kiandra Ramadhipa (SCK HONDA Racing) yang berusia 12 tahun di tempat kedua manakala tempat ketiga pula pelumba Philiphina John Emerson Inguito (Pasukan 4S1M YAMAHA Racing).

“Kejuaraan TVS Asia One Make Race pula menyaksikan Lagu Negaraku berkumandang apabila Muhamad Fitri Ashraf berjaya menduduki podium pertama diikuti oleh Decky Tiarno Aldy (Indonesia) kedua dan Vorapong Malahuan (Thailand) ke tiga.

Kasma Buktikan Keunggulan Di ARRC Pusingan 2 Perlumbaan 1

Bermula baik di petak pertama perlumbaan, Kasma (YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN) seolah kehilangan rentak di awal perlumbaan apabila kedudukannya di ragut oleh Haruki Noguchi (Pasukan SDG Motorsports HARC-PRO Ph) yang di ekori rapat Zaqhwan Zaidi (Pasukan Honda Asia-Dream with Showa) sebaik sahaja perlumbaan bermula.

Namun demikian, Kasma memberikan asakan kepada 2 pelumba ini sedari pusingan awal untuk memintas namun sering ditutup. Bagaimanapun pada pusingan ke 8 Kasma berjaya memintas Haruki dan Zaqhwan untuk terus berada dihadapan sehingga tamat perlumbaan bagi katogeri ASB1000.

Dalam katogeri SS600 pula, 3 pelumba negara iaitu Ibrahim Norrodin (SIC Racing) selaku juara berjaya mengenepikan bekas pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi (Pasukan Boon Siew HONDA Racing) dan rakan sepasukan Azroy Hakeem Anuar. Perlumbaan yang sengit seawal perlumbaan bermula dengan kedudukan pendahulu yang berubah-ubah dari setiap pusingan, Ibrahim berjaya membuktikan ketangkasan beliau untuk mengatasi pesaingnya.

Katogeri AP250 pula menyaksikan penguasaan pelumba dari negara tetangga Indonesia apabila Andy Muhammad Fadly (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) selaku juara serta rakan senegara Rheza Danica Ahrens (Pasukan ASTRA Honda Racing) ditempat kedua manakala pelumba Jepun Aiki Iyoshi (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) ke tiga

UB150 pula menyaksikan kemenangan 1-2 Pasukan ONEXOX TKKR Racing dimana Hafiza Rofa pelumba negara membuktikan keupayaan beliau untuk bergelar juara manakala rakan sepasukan Wahyu AjiTrilaksana dari Indonesia ditempat ke 2 manakala Gupita Kresna (Indonesia : Pasukan 4S1M Racing) di tempat ke 3

Buat julung kalinya Kejuaraan TVS Asia One Make Race dipertandingkan di Litar Sepang, Pelumba Thailand Verapong Malahuan menjadi juara manakala pelumba Indonesia Decky Tiarno Aidy ke 2 dan pelumba Australia Varis Felix Fleming ke 3

Sumber Berita : ARRC
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Razif Sangit



#ARRC #asiapower

YAMAHA BOLOT LAGI KEMENANGAN DI LITAR TANGKAK PUSINGAN 2

Ahmad Afif Amran membawa keceriaan kepada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing sekali lagi apabila beliau menyambar kedudukan pertama di podium bagi pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, 2022.

Bermula di petak kedua, pelumba jentera Yamaha ini telah tampil dengan persembahan yang mantap apabila beliau memintas pesaingnya Md Haziq Md Fairues di saat-saat terakhir perlumbaan kategory CP150 ini.

Afif yang mendahului perlumbaan tersebut untuk dua lap pertama dipintas oleh Haziq yang kemudiannya menguasai litar sepanjang perlumbaan. Namun begitu, Afif mengukuhkan strateginya pada lap terakhir dan memintas Haziq di selekoh terakhir sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan masa terpantas 14’36:498s.

Haziq dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat kedua dengan catatan masa 14’36:653s dan diikuti oleh rakan sepasukannya Nazirul Izzat Md Bahauddin dengan catatan masa 14’42:303s.

Sementara itu, bagi kategory CP125, pasukan ONEXOX TKKR Racing meraihkan kemenangan berganda sekali lagi apabila duo pasukan mereka menyambar kedudukan pertama dan kedua di podium.

Md Hafiza Rofa dan Md Shafiz Rasol sekali lagi mengharumkan nama pasukan mereka apabila mereka menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 11’43:329s dan 11’44:012s masing-masing.

Tempat kedua dan ketiga pula di ambil oleh Md Aliff Danial Md Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dan Md Harith Farhan Baharin dari pasukan Tobaki Pink Racing Team dengan catatan masa 11’44:012s dan 11’45:596s masing-masing.

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing sekali lagi mengukuhkan kedudukannya bagi kategorI Wira KBS apabila mereka menyapu ketiga-tiga tempat di podium.

CP150 : Keputusan Pusingan 1

Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 14:36.498

Md Haziq Md Fairues, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:36.653

Nazirul Izzat Md Bahauddin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:42.303

CP125 : Keputusan Pusingan 2

Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11:43.329

Md Aliff Danial Md Asri, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 11:44.012

Md Harith Farhan Baharin, TOBAKI PINK RACING TEAM, 11:45.596


Wira KBS : Keputusan Pusingan 2

Md Syamil Amsyar Md Iffende, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:43.929

Md Danish Aiman Zamrul, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:44.224

Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:44.442

ARRC PUSINGAN 1 : NEGARAKU BERKUMANDANG JALUR GEMILANG BERKIBARAN MEGAH DIBUMI GAJAH PUTIH

Pelumba Malaysia Zaqhwan Zai #21 dari Pasukan Honda Asia-Dream with Showa gah di persada podium kategori ASB1000 perlumbaan 1 apabila menafikan taktikal yang dimainkan oleh pelumba Thailand Anupab Sarmoon (Pasukan Yamaha Thailand Racing) dan pelumba Jepun Haruki Noguchi (Pasukan SDG Motorsports HARC-PRO Ph). Mencatatkan masa kemenangan pada 21:04.947s, dengan mengekal pada kelajuan yang maksima sepanjang 11 pusingan perlumbaan.

Cabaran Zaqhwan dalam mengharungi perlumbaan kali ini adalah dengan berdepan cuaca panas dan juga untuk mengekalkan momentum kelajuan di samping memahami taktikal lawan setelah 2 tahun tidak berlumba di saingan ini.

Pada perlumbaan ke 2, Zaqhwan meraih tempat kedua apabila taktikal yang dibawakan kali ini dinafikan oleh pelumba Thailand Apiwath Wangthananon (Pasukan Yamaha Thailand Racing) dan rakan sepasukan Apiwath iaitu Anupab Sarmoon menduduki tempat ke 3. Walaubagaimanapun, catatan masa Zaqhwan bagi perlumbaan kedua ini ada lebih baik dari perlumbaan pertama iaitu 21:02.704s. Secara keseluruhan Zaqhwan masih mendahulu lain2 pelumba dai segi pungutan mata

Perlumbaan pertama bagi kategori SS600 pula pelumba Indonesia mengungguli perlumbaan ini iaitu Andi Farid Idihar (Pasukan Astra Honda Racing) dengan menidakkan keupayaan 2 pelumba negara Helmi Azman (Boon Siew HONDA Racing) di tempat kedua dan Ibrahim Norrodin (SIC Racing) tempat ketiga.

Dalam perlumbaan ke2 SS600 pula, Helmi Azman (Boon Siew HONDA Racing) pula mengharumkan nama Malaysia apabila menjulang trofi juara dengan meninggalkan pelumba Indonesia Nakarin Atiraphuvapat (HONDA Racing Thailand) di tempat kedua dan Ibrahim Norrodin (SIC Racing) di tempat 3. Namun begitu, catatan masa yang lebih pantas dicatatkan oleh Helmi di perlumbaan ke2 ini dengan catatan 19:59.528s

Bagi kategori UB150 pula, perlumbaan pertama Mohd Izzat Zaidi (Malaysia | Pitsbike JRT OneWay) mengungguli perlumbaan pertama ini dengan catatan masa 16:43.348s meninggalkan pelumba Indonesia Yordan Badaru (Pasukan LFN HP969 Indonesia Racing) 16:43.588s, persaingan yang sengit. Manakala tempat ke3 digapai oleh pelumba Indonesia Wahyu Aji Trilaksana (ONEXOX TKKR Racing)

Dalam pelumbaan ke 2 kategori UB150,pelumba Malaysia Ahmad Afif Amran (Cardinals Racing) mencuri peluang menjajah podium apabila meninggalkan Wahyu Aji (16:37.136s) di tempat 2 dengan catatan masa yang agak tipis 16:34.083s. Tempat ke3 pula dimenangi rakan senegara Wahyu iaitu Murobbil Vuthani (Pasukan LFN HP969 Indonesia Racing) dengan catatan masa 16:37.357s.

Kejuaraan ARRC Pusingan 2 seterusnya akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 27-29 Mei 2022 nanti. Marilah kita sama-sama berdoa untuk pelumba2 dan pasukan negara mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Sumber Berita : TWMR
Gambar Berita : TWMR
Suntingan Berita : www.beritalitar.com

#asiapower

#ARRCRd1

#TWMR
#asiaroadracingchampionship

Danial Haiqal DiKemuncak Supermoto MSF Musim Pertama

Setelah mengharungi 4 pusingan pada musim pertama ini, akhirnya Danial Haiqal #99 dari pasukan KMTR All Stars berjaya menjadi juara keseluruhan dengan pungutan mata keseluruhan 785 mata bagi kategori All Star Pro. Berdepan saingan dari ramai pelumba terkenal antaranya Gabit Saleh, Azlan Shah Kamaruzaman dan juga Hafizh Shahrin, Haiqal sentiasa +B4:B17konsisten dengan setiap pusingan yang dilaluinya.

Ketiadaan 3 pelumba negara di setiap pusingan memberikan peluang kepada Haiqal untuk mencipta dan mencetak nama beliau sebagai jagoaan dalam pembikinan untuk digeruni pada masa hadapan. Pelumba Gabit Saleh yang hanya menyertai 2 pusingan awal, tidak dapat meneruskan saingan apabila mengalami masalah kesihatan.

Manakala Azlan Shah pula hanya menyertai di pusingan 2 dan 3, ketika kempen pusingan 4 pula, Azlan sedang bertungkus-lumus dalam persediaan beliau dan pasukan di Kejuaraan ARRC pusingan 1 di Buriram Thailand ketika itu menyebabkan terpaksa melupakan kemuncak acara ini. Sementara Hafizh Shahrin pula, ketika kemuncak pusingan beliau berlepas ke pula dengan sesi ujian WSBK dengan pasukan WSBK MIE Racing Japan di Litar Catalunya.

Mengiringi Haiqal di podium keseluruhan, rakan sepasukan Kenny Lee #9 bagi kategori All Star Legends. Manakala Syafiq Asraf #136 dari pasukan Superslide (Johor) yang sentiasa menunjukkn peningkatan di setiap saingan dinobatkan juara keseluruhan bagi kategori Advance. Dan akhir sekali Super Rookie Finale dinobatkan kepada pelumba Philip Tang #63 dari pasukan Tits.

Kejuaraan Musim ke 2 MSF Supermoto ini akan berlangsung di musim Hari Raya (22/05/2022) yang datang dimana Litar Permotoran Tangkak menjadi gelanggang pertama pembuka acara.

Sumber Berita : Moto MSF
Suntingan Berita : www.beritalitar.com

#MSFsupermoto

#MotoMSF

#msfrealracers

#Metzeler

#Pirelli

#exnlubes

#beringerbrake

NEGARAKU BERKUMANDANG LAGI DI BUMI MANDALIKA

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! Buat pelumba negara Hakim Danish. Mengulangi kejayaan semalam Hakim (#13) yang bermula dipetak kedua perlumbaan memulakan cabaran dengan begitu cemerlang.

Semalam semasa perlumbaan pertama Hakim Danish mencatatkan rekod baru apabila membuat penjarakkan yang agak jauh dari pesaing dengan catatan masa jarak masa 15 saat antara beliau dengan pelumba di tempat kedua Ezawa dari Jepun dan Fadillah dari Indonesia. Hakim memulakan cabaran dengan terus mara kehadapan seawal perlumbaan hingga tamat. Dan perlumbaan semalam juga menyaksikan kesemua pelumba negara berjaya menamatkan perlumbaan.

Hari ini, Negaraku berkumandang lagi di Mandalika bumi Indonesia apabila Hakim Danish sekali lagi mencatatkan kemenangan bergaya apabila pertarungan beliau dengan Gun Mie memihak kepada beliau. Seawal perlumbaan Hakim menggunakan strategi semalam dengan terus mara ke hadapan dan sentiasa berada di kelompok tiga terpantas. Kedudukan yang sentiasa berubah2, Hakim jelas agak konsisten apabila membuat serangan balas pada 2 pusingan terakhir.

Agak mencemaskan apabila Gun Mie yang ketinggalan di tempat ketiga memintas Ezawa akibat dari kelekaan dan kesilapan rakan senegara beliau dan terus memberikan tekanan kepada Hakim. Pada dua selekoh terakhir, Gun Mie seolah mahu menebus kesilapan semalam apabila terus memberikan asakan yang hebat kepada Hakim. Namun Hakim yang sudah bersedia sentiasa tenang dan fokus untuk memberikan kemenangan kedua buat Malaysia. Selepas mencatatkan dua kemenangan kedudukan pertama ini, Hakim terus menjadi pendahulu kejuaraan dengan pungutan mata 72 memintas Ezawa dengan kelebihan 1 mata.
Pada pelumbaan kedua ini juga menyaksikan Farres Putra yang sedang berada di kelompok kedua (10 teratas) terkeluar dari saingan apabila terjatuh di pusingan ke 13, walaubagaimanapun rakan pelumba senegara yang lain berjaya menamatkan pelumbaan P13 buat Farish Hafiey dan P15 Emil Idzhar.

TAHNIAH ANAK MUDA MALAYSIA. ANDA MEMBUKTIKAN MALAYSIA BOLEH BERSAING DIPERSADA ANTARABANGSA DAN MENJULANG NAMA MALAYSIA DIPERINGKAT YANG TINGGI.

Industri Sukan Permotoran Kembali Rancak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, seperti yang sedia maklom hujung minggu ini merupakan antara hujung minggu yang agak padat dengan pelbagai acara sukan permotoran. Samada 2 roda atau 4 roda, tempatan dan juga antarabangsa.

Umum mengetahui bahawa penganjuran sukan yang berprestij bakal berlangsung di Litar Mandalika Indonesia, iaitu MotoGP dan juga IATC pusingan 2 disana. Penganjuran yang julung kalinya diadakan setelah lebih 20 tahun terhenti, pastinya saudara nusantara kita disana menunggu saat yang amat istimewa ini. Gelanggang yang baru dengan persekitaran yang menarik, pastinya sesuatu yang istimewa untuk saudara kita disana menyimpan dan merakam detik-detik manis.

Namun begitu, di arena sukan permotoran tempatan kita juga tidak kurang hebatnya. Minggu lepas telah berlangsungnya Pusingan 1 Petronas Malaysian Cubprix di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) dimana jentera Yamaha telah membolot kesemua podium katogeri dari pelbagai pasukan. Penganjuran Petronas CubPrix itu juga menyaksikan pasukan baru dalam kancah perlumbaan yang diterajui oleh pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman melalui AS 25 Academy Racing Team yang membawa cabaran di katogeri Wira KBS. Menampilkan 2 pelumba muda iaitu Afiq Hamdan dan juga Saidatul Zakirah untuk membawa cabaran dan hasrat Azlan untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

Dan untuk minggu ini arena sukan permotoran tempatan juga menyajikan acara yang tidak kurang hebatnya iaitu Toyota Gazoo Racing di Litar Antarabangsa Sepang dan juga Finale MSF Supermoto di Litar Rakyat Kuala Selangor.

Bagi peminat sukan 4 roda pastinya Toyota Gazoo Racing menjadi pilihan dengan penampilan istimewa dari jagoan terkenal negara iaitu Tengku Djan Ley disamping selebriti terkenal. Memasuki musim kelima penganjuran acara ini, perlumbaan pusingan 1 ini pastinya peminat2 disajikan dengan acara perlumbaan yang hebat dan juga persembahan istimewa yang terdapat di pondok2 pameran.

Untuk sukan 2 roda pula, kemuncak musim 2022 MSF Supermoto ini pastinya amat-amat dinantikan oleh peminat untuk mengetahui siapakah yang bakal menjadi juara keseluruhan, adakah Azlan Shah Kamaruzaman ataupun Hafidz Shahrin? Kedua-duanya adalah idola sukan permotoran negara yang pernah berada dikancah perlumbaan MotoGP. Pada kemuncak musim ini juga penampilan atau penyertaan pertama pelumba Supermoto negara iaitu Khairulamirin Yahya hangat diperkatakan dan seakan cuba menyekat kemaraan 2 pelumba ini. Kita tunggu dan lihat aksi2 mereka secara langsung di Facebook Moto MSF.

Dan akhir sekali, marilah kita sama2 mendoakan agar kesemua pelumba dan pasukan dari Malaysia akan menaiki podium pada acara ARRC yang akan berlangsung minggu hadapan di Litar Buriram Thailand dan juga kejohanan Junior GP Championship yang diwakili oleh Sharifudin Azman @ Damok di bumi Sepanyol.

YAMAHA BOLOT KESEMUA KATEGORI DI PUSINGAN 1 PETRONAS MALAYSIA CUBPRIX

Kempen musim 2022 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Pusingan 1 di Litar Sepang Utara menyaksikan Pasukan Yamaha dari pelbagai katogeri dan pasukan membolot semua podium utama

Bagi katogeri CP 150 Afif Amran dari pasukan Petornas Sprinta Yamaha-CKJ Racing menjuarai pusingan 1 ini. Mengiringi podium juara, rakan sepasukan Afif, Izzat Zaidi yang baru menyertai pasukan melengkapkan kemenangan 1-2 buat pasukan. Kemenangan Afif ini juga sebagai hadiah peribadi beliau yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama. Manakala tempat ke 3 dimenangi oleh Haziq Fairus dari Pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor

Sementara itu, dalam kategori CP125, Mohd Hafiza Rofa dan Mohd Syafiq Rasol menghadiahkan kemenangan 1-2 kepada pasukan ONEXOX TKKR Racing .Manakala Mohd Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Racing turut megah di tempat ketiga.

Dalam kategori Wira KBS pula, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing sekali lagi menyapu bersih ketiga-tiga kedudukan podium perlumbaan pusingan pertama musim 2022 menerusi Mohd Syamil Amysar Mohd Iffende, Mohd Danish Aiman Zamrul dan Mohd Adam Haikal Jahar.

Musim 2022 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berehat untuk menghormati bulan Ramadhan dan Syawal. Pusingan 2 akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak pada 14 dan 15 Mei nanti.

CP150 : Keputusan Pusingan 1

1. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team), 14’32.412s.

2. Mohd Izzat Zaidi Salehan (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team), 14’32.435s

3. Mohd Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Team), 14’32.455s

CP125 : Keputusan Pusingan 1

1. Mohd Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing Team), 11’20.624s

2. Mohd Syafiq Rasol (ONEXOX TKKR Racing Team), 11’20.661s

3. Mohd Syafiz Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Team), 11’20.696s

Wira KBS : Keputusan Pusingan 1

1. Mohd Syamil Mohd Iffende (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing Team), 7’13.921s

2. Mohd Danish Aiman Zamrul (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing Team), 7’18.747s

3. Mohd Adam Haikal Jahar (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing Team), 7’18.782s