CP150 | Amaran Akid Aziz di Pusingan 1 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 | Bandar Jasin Bestari

Akid Aziz dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing telah menjuarai Pusingan 1 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 yang telah berlangsung di Bandar Jasin Bestari, Melaka. Kemenangan ini seolah memberikan amaran awal kepada pelumba-pelumba lain yang bersaing dalam merebut kejuaraan CP150 katogeri perdana ini.

Perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar basah ini seolah tidak dapat menyekat kemaraan Akid dalam mengejar podium juara. Akid yang bermula digrid pertama perlumbaan terus meluru ke hadapan sebaik sahaja perlumbaan bermula dan terus memimpin perlumbaan hingga tamat.

Cabaran dan asakan yang diberikan oleh Nazirul Izat dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di kedudukan kedua dan juga Azroy Hakeem Anuar dari Pasukan Honda Yuzy Estremo di kedudukan ke tiga dalam usaha merapatkan jurang perlumbaan. Namun di lap perlumbaan 12, Azroy berjaya memintas Nazirul untuk menduduki kedudukan ke dua. Berbaki 4 lap perlumbaan jentera Nazirul mengalami masalah teknikal dan segera dipintas oleh Ahmad Afif Amran untuk menduduki kedudukan ke 3. Manakala Kasma juga kecewa setelah jenteranya mengalami masalah dan tidak dapat meneruskan perlumbaan.

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024
Keputusan CP 150 Pusingan 1 | Bandar Jasin Bestari, Melaka

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Azroy Hakeem Anuar – Honda Yuzy Estremo
  3. Ahmad Afif Amran – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar

www.beritalitar.com

Jentera 150cc diKatogeri PETRONAS Sprinta Pro Am Cup di PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024

Pusingan 1 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Bandar Jasin Bestari telah pun melabuhkan tirainya pada hujung minggu baru-baru ini. Beberapa perubahan yang telah dilakukan dalam penganjuran musim 2024 ini untuk tampil lebih komprehensif.

Antara perkara yang paling menarik adalah perubahan pada penggunaan jentera di katogeri Pro Am. Jika sebelum ini katogeri ini menggunakan jentera berkapasiti 115cc tetapi pada edisi kali ini ianya telah ditingkatkan kepada 150cc.

Perubahan ini sekaligus menjadi batu loncatan kepada pelumba-pelumba persendirian untuk menjadi lebih berdaya saing dan bersedia untuk ke peringkat seterusnya. Penggunaan jentera berkapasiti 150cc ini juga menjadi nilai tambah kepada penganjuran untuk menarik lebih ramai penonton datang menyaksikan perlumbaan ini dimasa akan datang.

Disamping itu, perubahan jentera bukan sahaja berlaku di katogeri ini malah Honda One Make Race Challenge juga berubah. Penggunaan jentera Honda RSX 150 telah diperkenalkan untuk musim 2024 ini bagi menggantikan Honda Dash 125.

Jumpa lagi di Pusingan 2 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix, Litar Permotoran Tangkak Johor pada 4 -5 Mei 2024

www.beritalitar.com

CP150 | Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing Raih Kemenangan Manis Di Litar Tangkak

Perlumbaan akhir kategori perdana CP 150 Petronas Malaysian Cubprix Pusingan 9 di Litar Permotoran Tangkak menyaksikan pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing meraih podium 1 dan 2 apabila dua pelumbanya Ahmad Afif Amran dan Md Akid Aziz menaiki podium.

Afif yang mencatatkan masa terpantas dalam saringan “Superpole” beroleh kedudukan grid pertama manakala Muzakkir dari pasukan ONEXOX TKKR Racing menduduki grid kedua dan Akid dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing pula di grid ke tiga. Sebaik perlumbaan bermula, Muzakkir terus meluru kehadapan untuk mendahului perlumbaan, namun begitu sebelum lengkap lap pertama perlumbaan beliau dipintas oleh Afif.

Afif terus memimpin perlumbaan walaupun diasak oleh Muzakkir di kedudukan kedua dan Haziq Fairues dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di kedudukan ke tiga manakala Akid di kedudukan ke empat. Sewaktu di akhir lap ke tujuh Muzakkir sedikit hilang kawalan dan kedudukannya berjaya dipintas oleh Haziq, Akid dan juga Azroy. Akid pula berjaya memintas Haziq ketika di lap 14 perlumbaan dan seterusnya cuba untuk merapatkan jarak dengan Afif.

Afif terus fokus pada perlumbaan dengan tunggangan yang meyakinkan dan terus memimpin perlumbaan hingga tamat. Kemenangan Afif di Litar Tangkak ini merupakan kemenangan ke 5 beliau disini. Akid yang berada diposisi kedua pula, menemani Afif di podium juara sekaligus menobatkan beliau sebagai juara keseluruhan bagi katogeri CP150 untuk musim ni.

Keputusan CP 150 Pusingan 9 Litar Permotoran Tangkak, Johor

  1. Ahmad Afif Amran – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  3. Md Haziq Fairues – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

CP 150 | AKID JUARAI PUSINGAN KE 8 KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIAN CUBPRIX

Pelumbaan akhir Pusingan ke 8, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Bandar Medini Iskandar Puteri Johor telah menyaksikan Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing menjadi juara pertama di litar baharu ini

Akid Aziz yang memulakan perlumbaan dari petak grid pertama diikuti oleh Azroy Hakeem di petak grid kedua dan Afif Amran di petak grid ketiga. Sebaik perlumbaan bermula, Akid terus meluru menempatkan diri di kedudukan pertama diikuti oleh Azroy kedua dan Iqbal ketiga. Manakala nasib malang buat Afif Amran yang berada di grid ke 4 gagal meneruskan perlumbaan kerana menghadapi masalah pada jentera lumba beliau.

Perlumbaan yang agak sengit di kategori CP 150 ini, menyaksikan jurang kedudukan antara pelumba agak rapat dan saling mencuba untuk memintas satu sama lain. Pada lap perlumbaan ke 7, Iqbal berjaya memintas Azroy untuk kedudukan ke 2. Sementara itu perebutan kedudukan ke 4 pula lebih sengit antara Helmy, Kasma dan juga Nazirul dimana tekanan yang diberikan oleh Helmy keatas Kasma gagal memberikan impak sebaliknya Nazirul pula menempatkan diri di kedudukan ke 5 apabila berjaya memintas Helmy di lap ke 5.

Pada baki 10 lap terakhir, perebutan di kelompok pertama menjadi lebih menarik apabila Azroy kembali memintas Iqbal di lap ke 14 dan meneruskan tekanan kepada Akid untuk merapatkan jurang kedudukan dalam memburu kedudukan pertama. Namun pengekalan momentum dari Akid menafikan hasrat Azroy, dan Akid terus meluru ke garisan penamat untuk bergelar juara sulung di Litar Bandar Medini Iskandar Puteri ini.

Keputusan CP 150 Pusingan 8 Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Azroy Hakeem Anuar – Honda Yuzy Estremo
  3. Md Iqbal Amri – GIVI Tekhne Yamaha

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

CP 125 | Pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Kuasai Podium 1 dan 2

Kategori CP 125 pula menyaksikan penguasaan dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing apabila dua pelumbanya menaiki podium 1 dan 2 iaitu Md Khairi Ashraf dan Md Fareez Afeez. Dan lebih manis lagi, kemenangan ini juga merupakan kemenangan pertama Khairi di halaman sendiri apabila berjaya mengekalkan daya saing lumba yang jitu.

Sebaik perlumbaan bermula Khairi yang berada di grid pertama perlumbaan, terus meluru ke hadapan untuk kedudukan pertama diikuti oleh Fareez. Saingan yang sengit di kelompok hadapan terutama perebutan kedudukan ke 3 menyaksikan pelumba saling bertukar tempat antara Amirul Arif, Adie, Syukran dan juga Hafiza Rofa.

Duo sepasukan Khairi dan Fareez terus mengekalkan momentum dan cuba mengelakkan dari berlakunya sebarang kesilapan untuk kekal dihadapan. Percubaan Syukran Aizat untuk merapatkan jarak untuk memintas tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati di kedudukan ke 3 sehingga tamat perlumbaan.

Keputusan CP 125 | Pusingan 8 Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor

  1. Md Khairi Ashraf – Pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing
  2. Md Fareez Afeez – Pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing
  3. Ahmad Syukran Aizat – Tekhne Yamaha

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

CP 150 | PASUKAN PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING TAWAN LITAR JASIN

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing unggul di Pusingan ke 3 Litar Jasin Melaka apabila 2 pelumbanya meraih podium 1 & 2. Kemenangan berganda ini diperolehi melalui kemenangan Md Akid Aziz (Juara) dan Ahmad Afif Amran (Naib Juara) di Kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix Pusingan ke 3

Seolah memberi isyarat awal sewaktu latihan bebas dan sessi kelayakan serta “Super Pole” Md Akid Aziz menepati apa yang direncanakan pada perlumbaan akhir katogeri perdana CP150 Pusingan 3 di Litar Jasin. Berada pada grid perlumbaan yang pertama, Akid agak begitu selesa terus memecut untuk memimpin perlumbaan sedari awal hingga ke penamat walaupun diberikan tentangan diawal perlumbaan oleh Md Iqbal Amri dari pasukan GIVI Tekhne Yamaha

Memasuki lap ke 3 perlumbaan, rakan sepasukan Akid, Ahmad Afif Amran berjaya memintas Iqbal diikuti oleh Azroy Hakeem Anuar dari pasukan HONDA Yuzy Estremo. Saingan yang begitu sengit dikelompok kecil hadapan, Akid terus menjarakkan diri dengan kendalian jentera yang jitu tanpa menoleh ke belakang. Berbaki 6 lap perlumbaan, Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berjaya memintas Azroy untuk berada kedudukan ke 3 sehingga tamat perlumbaan.

Keputusan CP 150 Pusingan 3 Jasin

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Ahmad Afif Amran – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  3. Kama Daniel Kasmayudin – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

PASUKAN ONEXOX TKKR RACING IDAM PODIUM DI LITAR JASIN

Kejohanan Petronas Malaysian CubPrix musim ke 30 bagi tahun 2023 ini yang akan memasuki Pusingan ke 3, namun capaian podium bagi Pasukan ONEXOX TKKR Racing masih lagi tidak berhasil. Walaupun diawal musim menampakkan ramuan tahkta juara sudah diperlihatkan oleh rantaian pelumba2 pasukan, namun nasib belom lagi menyebelahi mereka.

Pusingan ke 3 yang berlangsung di Litar Jasin, Melaka, Pasukan ONEXOX TKKR Racing yang dikepalai oleh pelumba veteran Md Muzakkir Mohamed bagi katogeri perdana CP150 menjanjikan perjuangan kental untuk menebus kehampaan di 2 pusingan sebelumnya. Menurut Muzakkir, susun atur Litar Jasin yang baru ini yang agak berstrategi dan teknikal ini membuatkan beliau agak teruja dan tidak sabar untuk berlumba dalam menggapai impian menghadiahkan podium buat pasukan. Litar yang mempunyai alunan mendaki dan menuruni bukit serta laluan lurus yang panjang pastinya memberikan cabaran buat semua pelumba. Disamping itu, kemenangan meraih podium di Pusingan ke 2 Kejohanan FIM Asia Road Racing yang baru berlalu seolah memberi suntikan semangat untuk dia dan rakan sepasukan yang lain.

Bagi katogeri CP125 pula, Hafiza Rofa berpendapat struktur dan susun atur Litar Jasin ini agak unik kerana mempunyai adunan untuk pecutan laju di selekoh panjang disamping selekoh pendek atau selekoh pancong. Ciri-ciri ini perlu diadaptasi pelumba dengan segera untuk menyesuaikan diri dan jentera lumba.

Berhasrat tinggi untuk meraih podium juara pada pusingan ke 3 ini, Hafiza tekad untuk membantu pasukan memperbaiki kedudukan setelah sasaran di dua pusingan sebelum ini tidak memihak kepada beliau dan pasukan apabila beliau kini secara keseluruhannya berada di kedudukan ke 4.

Sumber Berita : ONEXOX TKKR Racing
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Ihsan TKKR

KASMA KEMBALI MENGGEGAR DI PUSINGAN 2 JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Dataran Seri Jempol menyaksikan Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) kembali menggegar pentas kejuaraan katogeri perdana CP150 apabila berjaya mengekalkan rentak tunggangan yang mantap dari awal hingga tamat perlumbaan.

Bermula di petak pertama, Kasma yang berjaya mencatatkan masa terpantas semasa kelayakan “Superpole” berjaya mengenepikan tentangan dan saingan yang diberikan oleh Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) dan Azroy Hakeem Anuar (Honda Yuzy Estremo). Diawal perlumbaan CP150 yang agak sengit, Kasma sedikit terkebelakang apabila dipintas oleh Akid dan Afif, namun Afif yang terjatuh sewaktu awal perlumbaan memberikan peluang buat Akid untuk memimpin perlumbaan sehingga ke pusingan ke 4.

Memasuki pusingan ke 5, Kasma berjaya memintas Akid dan terus mendahului kelompok hadapan dan acapkali diasak oleh Azroy dan juga Akid, Kasma terus tenang dengan gaya tunggangan yang amat meyakinkan walaupun berdepan dengan cuaca yang agak panas sewaktu perlumbaan, Kasma terus memimpin perlumbaan hingga tamat.

Keputusan CP 150 Pusingan 2 Jempol

  1. Kama Daniel Kasmayudin – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor
  2. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  3. Azroy Hakeem Anuar – Honda Yuzy Estremo

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

SHAHROL SYAZRAS RAIH PODIUM JUARA CP150 PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX MUSIM KE-30 PUSINGAN 1

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Musim ke -30 Pusingan Pertama menyaksikan perlumbaan yang agak menarik apabila Shahrol Syazras (Honda Yuzy Estermo) muncul Juara Pusingan Pertama buat julung kalinya, apabila berjaya mengenepikan Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang bermula di petak pertama dan juara keseluruhan musim Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang bermula di petak ke-2.

Bermula di petak ke 3 perlumbaan katogeri perdana CP150, Sharol Syazras pantas merebut kedudukan pertama perlumbaan apabila berjaya memintas Akid Aziz dan Afif Amran di selekoh pertama sejurus perlumbaan bermula. Berjaya menduduki kedudukan pertama pada 5 lap perlumbaan sebelum rakan sepasukan Idlan Hakimi (Honda Yuzy Estermo) mengambil alih kedudukan pertama di pertengahan perlumbaan sebelum dipintas pula oleh Afif untuk mendahului di lap ke-7 dan ke-8.

Pada lap ke-9 dan ke-10 pula, Azroy Hakeem Anuar (Honda Yuzy Estermo) memimpin kelompok di hadapan sebelum Shahrol memintas semula di lap terakhir perlumbaan bermula dari selekoh ke-2 hingga tamat perlumbaan. Perlumbaan yang sengit dimana sejumlah besar pelumba berada dikelompok hadapan yang agak besar dan rapat antara satu sama lain disamping cuaca terik sewaktu perlumbaan.

Shahrol Syazras Shahrol Yuzy 14’33:768s.
Ahmad Afif Amran 14’34:025s.
Azroy Hakeem Anuar 14’34:027s.

Sumber Berita : Malaysian Cub Prix
Suntingan Berita : Berita Litar
Photo : Berita Litar
www.beritalitar.com

Azroy kembali takluk Litar Sepang Selatan

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Pusingan 9 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) telah menyaksikan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu kembali menaklok litar ini. Lebih manis lagi kemenangan Azroy ini juga telah diiringi oleh rakan sepasukan iaitu Idlan Hakimi dalam katogeri CP150, manakala tempat ketiga pula diraih oleh Iqbal Amri dari pasukan Yamalube GenBlu AHM Motorsports

Pertarongan perlumbaan yang agak sengit dimana Azroy yang memulakan perlumbaan di petak kedua dibelakang Izzat Zaidi di petak pertama. Izzat hanya berjaya mempertahan kedudukan pertama selama dua lap pusingan sebelum dipintas oleh Iqbal Amri. Manakala Azroy pula berjaya memintas kedudukan pertama selepas lap ke lapan namun dipintas oleh rakan sepasukan Idlan Hakimi. Azroy kembali ke kedudukan pertama di pusingan ke sepuluh dengan menggunakan segala pengalaman dan strateginya untuk terus memenangi perlumbaan ini.

  1. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY IDEMITSU TEAM, 14:08.068
  2. Md Idlan Haqimi Raduan, HONDA YUZY IDEMITSU TEAM, 14:08.414
  3. Md Iqbal Amri Abd Malek, YAMALUBE GEN BLU AHM MOTOR SPORTS, 14:08.490