KASMA KEMBALI MENGGEGAR DI PUSINGAN 2 JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

KASMA KEMBALI MENGGEGAR DI PUSINGAN 2 JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Dataran Seri Jempol menyaksikan Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) kembali menggegar pentas kejuaraan katogeri perdana CP150 apabila berjaya mengekalkan rentak tunggangan yang mantap dari awal hingga tamat perlumbaan.

Bermula di petak pertama, Kasma yang berjaya mencatatkan masa terpantas semasa kelayakan “Superpole” berjaya mengenepikan tentangan dan saingan yang diberikan oleh Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) dan Azroy Hakeem Anuar (Honda Yuzy Estremo). Diawal perlumbaan CP150 yang agak sengit, Kasma sedikit terkebelakang apabila dipintas oleh Akid dan Afif, namun Afif yang terjatuh sewaktu awal perlumbaan memberikan peluang buat Akid untuk memimpin perlumbaan sehingga ke pusingan ke 4.

Memasuki pusingan ke 5, Kasma berjaya memintas Akid dan terus mendahului kelompok hadapan dan acapkali diasak oleh Azroy dan juga Akid, Kasma terus tenang dengan gaya tunggangan yang amat meyakinkan walaupun berdepan dengan cuaca yang agak panas sewaktu perlumbaan, Kasma terus memimpin perlumbaan hingga tamat.

Keputusan CP 150 Pusingan 2 Jempol

  1. Kama Daniel Kasmayudin – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor
  2. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  3. Azroy Hakeem Anuar – Honda Yuzy Estremo

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *